PUTRAJAYA, 19 Jun 2023 - YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha berkaitan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 di Bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat antara lain membincangkan Prestasi bagi 2 tahun pertama RMKe-12 disamping isu serta cabaran utama yang dihadapi dalam situasi semasa sekarang.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan Kerangka KSP RMKe-12 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi yang memfokuskan strategi dan inisiatif terpilih bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan dari setiap Kementerian terbabit.

Mesyuarat turut dihadiri YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.