- 53 views
PUTRAJAYA, 11 Julai 2023 - Delegasi Republik Islam Mauritania diketuai Penasihat kepada Presiden, H.E Yahya Kebd telah mengadakan lawatan ke Kementerian Ekonomi.
Lawatan ini merupakan salah satu daripada program Monitoring Unit for the Execution of Strategic Priorities (CSEPS) Mauritania ke Malaysia bermula 10 hingga 14 Julai 2023.
Taklimat kepada delegasi Mauritania telah disampaikan oleh YBrs Encik Ramlee bin Amat, Pengarah Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan (BPKP), Kementerian Ekonomi.
Tujuan lawatan tersebut antara lain bagi mempelajari pengalaman Malaysia dalam merangka pelan pembangunan negara dan wawasan nasional.
#KementerianEkonomi