- 51 views
KEDAH, 9 Julai 2023 - Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi diteruskan lagi bersama Kerajaan Negeri Kedah yang dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.
Sesi Libat Urus ini bertujuan membentangkan mengenai hala tuju pembangunan negara bagi KSP RMKe-12 dan mendapatkan cadangan daripada Kerajaan Negeri mengenai perancangan pembangunan di peringkat Negeri Kedah.
Majlis secara dialog awam (townhall) turut dijalankan bagi perkongsian idea dan sesi soal jawab yang melibatkan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dengan Kerajaan Negeri Kedah, Industri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 𝘾𝙞𝙫𝙞𝙡 𝙎𝙤𝙘𝙞𝙚𝙩𝙮 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣𝙞𝙨𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 (CSO) serta orang awam.