PUTRAJAYA, 10 Julai 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2023 di Bangunan Perdana Putra.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi itu, terdapat pembentangan oleh beberapa kementerian dan agensi berkaitan beberapa perkara.