KOTA BHARU, 16 Julai 2023 - Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi diteruskan lagi bersama Kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Darul Naim.

Sesi Libat Urus ini dihadiri YBrs. En. Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi dan YM Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) yang bertujuan membentangkan mengenai hala tuju pembangunan negara bagi KSP RMKe-12 dan mendapatkan cadangan daripada Kerajaan Negeri mengenai perancangan pembangunan di peringkat Negeri Kelantan.