- 4151 views
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 - Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR) Fasa 1 telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.
Peluncuran NETR merupakan titik permulaan dalam usaha mengarusperdanakan peralihan tenaga naratif pembangunan negara.
Serentak itu, YB Rafizi Ramli mengumumkan 10 projek rintis perdana yang dijangka menjana pelaburan berjumlah RM25 billion dan membuka 23,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi.
NETR bukan sahaja dokumen yang mengandungi langkah untuk memenuhi sasaran Net-Zero, tetapi ia adalah gabungan strategi dan inisiatif yang boleh mengubah ekonomi, kehidupan rakyat dan kedudukan negara di peta dunia.
Hadir sama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia.