KUALA LUMPUR 27 Julai, 2023 - Majlis Peluncuran "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Sebanyak tujuh pasak sebagai sasaran dan tumpuan utama dalam gagasan Ekonomi MADANI dengan matlamat memperkasa tahap kesejahteraan negara dan rakyat.

Ekonomi MADANI juga akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan termasuklah Pelan Hala Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

#kementerianekonomi  #ekonomimadani  #malaysiamadani