- 50 views
IPOH, 9 Ogos 2023 - YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah mempengerusikan mesyuarat 6th IMT-GT Green Council (GC) Meeting di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Hon. Pol. Lt. Gen. Sakorn Thongmunee, Datuk Bandar Perbandaran Hat Yai, Kerajaan Thailand, En. Ahmad ST, MT, Ketua Agensi Perancang Pembangunan Wilayah, Kerajaan Kota Pekanbaru, Republik Indonesia, Asian Development Bank (ADB), Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT) dan wakil wilayah negara anggota IMT-GT.
Mesyuarat GC ini antara lain telah membincangkan Laporan CIMT mengenai Laporan Mesyuarat Green Cities Mayor Council Ke-5 dan Pembangunan, Semakan Terma Rujukan (TOR) Untuk IMT-GT GC, Laporan CIMT Berkenaan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan dan pembentangan oleh pihak ADB.