Kementerian Ekonomi dengan Kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) telah menganjurkan “Malaysia SDG Summit 2023” peringkat wilayah selatan bermula 8-10 Ogos 2023 yang berlangsung di Sunway Big Box Iskandar Puteri Johor.

YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi turut serta dalam Sesi Keynote Address yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Amran Haffiz Affifudin Pengarah Eksekutif, Pelaburan Malaysia dan Mr. Marc Forni, Lead Urban Resilience Specialist World Bank.

Penganjuran SDG Summit peringkat Wilayah yang bertemakan “SDG’s Local Action for an Inclusive, Sustainable and Resilient Malaysia adalah bagi mempertingkatkan kesedaran awam mengenai SDGs dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di peringkat tempatan.