JOHOR, 9 Ogos 2023 - YB. Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama antara Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor sempena Malaysia SDG Summit 2023 yang berlangsung di Sunway Big Box Iskandar Puteri, Johor.

Kerjasama ini bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam di dalam negeri Johor dipertingkatkan untuk kemudahan rakyat.