- 107 views
PUTRAJAYA, 14 Ogos 2023- Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB), Modul 1: Modul Formulasi Dan Pembentukan Projek telah berlangsung di Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pada majlis pembukaan kursus tersebut, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Kursus ini adalah satu langkah penting dalam usaha untuk terus meningkatkan kepakaran dan kecekapan pegawai dalam bidang pengurusan projek awam yang semakin dinamik dan mencabar.