PUTRAJAYA, 15 Ogos 2023 - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Bil. 5/2023 telah dipengerusikan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Menara Prisma.

Mesyuarat tersebut antaranya membincangkan mengenai kawal selia industri padi dan beras serta langkah bagi meningkatkan kecekapan dalam urusan lesen eksport untuk produk batu kapur.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Wira Dr. Hj. Ameer Ali Mydin, selaku Pengerusi Bersama PEMUDAH.