Putrajaya, 28 Ogos 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) di bawah platform kerjasama serantau Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM).

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), ketua Kumpulan Kerja JMCIM, IRDA serta wakil Kerajaan Johor dan Kementerian/Agensi lain.

Mesyuarat ini telah membincangkan kerangka dan draf Terma Rujukan JS-SEZ serta hala tuju Pasukan Petugas JS-SEZ Malaysia.