- 250 views
KUALA LUMPUR, 11 September 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) 2021-2025 di Parlimen Malaysia.
Terdapat 17 anjakan utama dan 71 inisiatif utama yang diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara yang disasarkan. KSP RMK12 ini akan terus memperkukuh agenda pembangunan negara dan rakyat ke arah mencapai matlamat Ekonomi MADANI.
Turut hadir, YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), YBrs. Encik Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) dan YBrs. Encik Che Rahim Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.