KUCHING, 2 Oktober 2023 - YBrs. Encik Che Kodir Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli turut serta dalam Sesi Keynote Address pada hari pertama Sidang Kemuncak SDG Malaysia bagi Wilayah Sarawak yang berlangsung pada 2 & 3 Oktober 2023 di Pullman Hotel, Kuching.

Malaysia SDG Summit 2023: Sarawak Region memberi tumpuan untuk mempromosikan pembangunan mampan di Sarawak. Kerajaan Sarawak terus berazam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) demi menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih maju dan mampan.

Sidang kemuncak tersebut merupakan inisiatif menggalakkan pembangunan mampan oleh kerajaan negeri, rakan perniagaan dan komuniti masyarakat di Sarawak khususnya.