KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2023 - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah menyampaikan ucaptama di Majlis perasmian Entrepreneurs Summit IV di Menara Affin TRX, Kuala Lumpur.

Entrepreneurs Summit tahun ini menyediakan platform bagi menggalakan idea, kerjasama dan pembentukan perkongsian strategik sekaligus menjadikan agen transformasi kepada usahawan startup, pelabur, kerajaan dan syarikat.

Selain itu, ia juga merupakan program yang menyemarakkan semangat keusahawanan dan inovasi, menghubungkan visionari, dan memperkasakan individu untuk mengubah idea mereka menjadi usahawan yang berjaya.