BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM, 24 Oktober 2023 - Mesyuarat Pegawai Kanan BIMP-EAGA ke-31 telah diadakan di Hotel Empire, Brunei Darussalam. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed dan turut dihadiri oleh wakil Kerajaan Pusat dan Negeri.
 
Mesyuarat antara lain telah membincangkan status pelaksanaan projek dan inisiatif oleh Kumpulan Kerja Kluster, status Kajian Koridor Ekonomi oleh ADB serta pembentangan oleh BIMP-EAGA Business Council dan Sekretariat ASEAN.
 
Mesyuarat ini juga merupakan persediaan kepada BIMP-EAGA Ministerial Meeting ke-26 yang akan diadakan pada 26 Oktober 2023. Malaysia komited dalam melaksanakan projek dan program yang telah dirancang dalam merealisasikan BIMP-EAGA Vision 2025.