KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2023 - YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi telah merasmikan Program National OGSE Roadshow 2023 pada 19 Oktober 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Program tersebut dihadiri peserta daripada syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), iaitu syarikat yang terlibat dalam membekalkan perkhidmatan sokongan kepada industri minyak dan gas, untuk mendapatkan pemahaman mengenai usaha dan hala tuju Kerajaan dalam pembangunan industri OGSE.

Ini seterusnya diikuti dengan sesi gallery walk ke atas pameran dalam program tersebut. Kementerian Ekonomi, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) dan PETRONAS menyertai sesi pameran tersebut.

YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) turut menjadi ahli panel dalam sesi panel “Energy Transition from the perspective of Energy Trilemma” untuk membincangkan impak dan perancangan Kerajaan dalam menghadapi cabaran peralihan tenaga serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh industri OGSE tempatan dalam peralihan tersebut.