- 93 views
BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM, 26 Oktober 2023 – YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, telah mengetuai delegasi Malaysia dalam 26th BIMP-EAGA Ministerial Meeting dan Ministerial Retreat di The Empire Hotel, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Ministerial Retreat membincangkan 3 topik penting termasuk Koridor Ekonomi, Kajian Blue Economy dan penginstitusian sekretariat BIMP. Mesyuarat Peringkat Menteri pula membincangkan laporan peringkat Pegawai Kanan dan Ketua Menteri.
Menteri BIMP-EAGA juga telah menyaksikan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI), One Borneo Quarantine Initiative (OBQI) iaitu inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam pemantauan dan pemeriksaan sistem kuarantin serta meningkatkan perlindungan daripada serangga perosak dan wabak di wilayah BIMP-EAGA.
Menteri BIMP-EAGA turut menghadiri Persidangan BETCON23 yang mempamerkan produk-produk negara anggota.