Sesi Pemukiman Pemurnian Pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) anjuran Kementerian Ekonomi telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2023, bertempat di Hatten Hotel, Melaka.

Matlamat sesi ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh peserta mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Program ini telah dihadiri oleh 70 pegawai daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).