KUALA LUMPUR, 15 November 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Penyegar Dahaga RM 1 di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) hari ini.

Kementerian Ekonomi dengan kerjasama ATLAS Vending telah melancarkan mesin layan diri penyegar dahaga RM 1 yang merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan oleh kerajaan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Kerjasama ini merupakan usaha berterusan ATLAS Vending untuk menyokong kumpulan berpendapatan rendah dalam mengembangkan akses pasaran, menjangkau khalayak yang lebih luas dengan menawarkan pembelian mudah produk mereka sepanjang masa dari mesin layan diri.