KUALA LUMPUR, 8 Disember 2023 - Sesi Sembang Santai Ekonomi bersama YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi sempena Setahun Bersama Kerajaan MADANI telah berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai maklumat berkenaan Kementerian Ekonomi dan pencapaian telah disampaikan oleh YB Menteri Ekonomi. Antaranya Pengenalan kepada Dasar dan Inisiatif baru yang dilakukan oleh Kementerian Ekonomi.

Selain itu, maklumat yang dikongsikan adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Dasar Gaji Progresif, Subsidi bersasar, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, KL20, Zon Ekonomi Khas dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.