Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Kementerian Ekonomi telah membuka reruai dan menganjurkan pelbagai aktiviti bermula 8 hingga 10 Disember di Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik, antaranya tinjauan mengenai Kementerian Ekonomi, permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan sebagainya.