- 852 views
21 Disember 2023 - Satu sesi taklimat mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kerajaan Malaysia telah diadakan di Menara Prisma, hari ini.
Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam (PRO) Kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan sistem PADU yang akan 𝙂𝙤-𝙇𝙞𝙫𝙚 secara rasmi pada 2 Januari 2024.
Taklimat pengenalan PADU telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri, Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Penduduk Dan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia @ DOSM (Sekretariat PADU).
Sesi kedua taklimat mengenai sistem PADU telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Faizura Haneem binti Mohamed Ali, Ketua Pasukan Pembangunan Sistem dan Teknikal PADU, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).