- 7788 views
2 Januari 2024,Putrajaya - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Pangkalan Data Utama (PADU) di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Pangkalan Data Utama (PADU) adalah platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah meliputi warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia. Ia merupakan pangkalan data utama negara yang selamat, dan "𝙣𝙚𝙖𝙧 𝙧𝙚𝙖𝙡 𝙩𝙞𝙢𝙚" ke arah digitalisasi. PADU juga membantu proses penggubalan dasar dan proses membuat keputusan yang berpacukan data.
Ia bagi membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Kerajaan akan lebih mudah menyasarkan subsidi dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Pendaftaran PADU kini dibuka kepada rakyat Malaysia bermula 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU melalui laman sesawang https://padu.gov.my/auth/daftar
Pembangunan dan pelaksanaan sistem PADU ini sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).