- 131 views
Putrajaya, 8 Januari 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Amanat bersama warga Kementerian Ekonomi di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya semalam.
Terdapat beberapa perkara telah disebut dalam ucapannya. Antaranya, warga Kementerian Ekonomi perlu memperbetulkan dan mengemukakan hala tuju kepada kerajaan dan negara untuk kita menangani cabaran-cabaran ekonomi dalam negara dan global. “Dan kebanyakan dalam cabaran itu, hala tujunya tidak boleh bersifat aspirasi sahaja. Ia perlu merubah struktur,” tambahnya lagi. Hadir sama, pengurusan tertinggi, agensi, jabatan dan warga kerja Kementerian Ekonomi.