6 Januari 2024 - Sebagai pembuka tirai tahun 2024, Retreat PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi telah diadakan bertempat di Hotel Sama-Sama KLIA.

Seramai 40 orang Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi termasuk PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan telah menyertainya.

Agenda utama retreat ini adalah bagi membincang dan membentangkan pencapaian aktiviti tahun 2023 dan perancangan aktiviti tahun 2024, selain sesi beramah mesra Ajk Induk bersama Ajk-Ajk Kecil Biro yang telah dibentuk.

Retreat dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Roziah Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) merangkap Timbalan Pengerusi I dan YBhg.Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) merangkap Timbalan Pengerusi II.

Selain itu, slot perkongsian ilmu bertajuk “Wanita 𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨: Imej dan Personaliti” turut diselitkan sebagai salah satu pengisian program yang disampaikan oleh perunding imej, saudara Hafiz@Cutecarry.