YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menandatangani Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bersama TYT Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Singapura di Doubletree by Hilton, Johor Bahru.

Majlis juga telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura.

Pemeteraian ini akan membuka peluang baharu dalam meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan orang ramai serta memperkukuh ekosistem perniagaan dalam meningkatkan daya tarikan ekonomi.
 
Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama antara Malaysia dan Singapura demi kepentingan bersama dalam JS-SEZ untuk memacu pertumbuhan ekonomi.