- 32 views
Johor Baharu, 11 Januari 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama beberapa menteri lain mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di tengah-tengah Selat Tebrau bagi menyempurnakan penyambungan span bagi projek RTS Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Acara ini juga disertai rakan sejawat dari Singapura diwakili oleh PM Lee Hsien Loong dan jemaah menteri negara jiran tersebut.
Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara bakal lebih erat dengan projek RTS Link ini beserta Memorandum Persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang juga ditandatangani pada hari bersejarah yang sama, 11 Januari 2024.