Putrajaya, 15 Januari 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di Menara Prisma, Putrajaya, semalam.

Kehadiran YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz ke Kementerian Ekonomi telah disambut mesra oleh YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Dengan kunjungan hormat ini, diharapkan dapat bersama-sama memacu pembangunan dan pentadbiran negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.