- 49 views
Putrajaya, 19 Januari 2024 - Kementerian Ekonomi telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Majlis Bandaraya Ipoh yang diketuai oleh Encik Ahmad Munir Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh di Menara Prisma hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi gambaran serta taklimat yang lebih jelas berkaitan Program Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR). Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Sukri Jusoh, Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan, Kementerian Ekonomi.