Tokyo, 3 Februari 2020 - YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam rangka kerja ke negara Jepun telah melawat depot Hakusan bagi melihat pengaplikasian teknologi moden dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikpulihan gerabak Shinkansen serta meninjau tapak pembinaan Stesen Komatsu sebagai tambahan kepada Landasan Hokuriku yang akan melengkap laluan alternatif sehingga ke Tsuruga bagi menghubungkan Tokyo dan Osaka.

Jepun dikenali dunia dengan rangkaian pengangkutan awam yang efisien. Sejauh kira-kira 28,000 kilometer landasan keretapi di seluruh negara ini menghubungkan luar bandar dan bandar.

Pengangkutan awam yang efisien adalah seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menerusi 15 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) untuk mewujudkan pengangkutan, logistik dan mobiliti lestari.