- 159 views
18 Mac 2024, PUTRAJAYA - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor telah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di Menara Prisma, Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Turut hadir, YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Bin Azizan, Menteri Kewangan II, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi.