YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi menjadi salah seorang ahli panel pada sesi perbincangan “From Malaysia to the World: Open for Tech Business” sempena Majlis Sidang Kemuncak KL20 2024 yang berlangsung pada 22 dan 23 April 2024.

Sesi ini bagi membincangkan bagaimana untuk meningkatkan daya saing dalam memajukan Malaysia menjadi antara pesaing global bagi ekosistem syarikat pemula niaga.

Ia amatlah penting sebagai nilai tambah kepada pembuat dasar sekaligus dapat mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.

Turut sama menjadi panelis pada sesi tersebut, MX Kuok, Managing Partner K3 Ventures, Dato' Amirul Feisal, Managing Director Khazanah dan Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) serta moderator bagi sesi tersebut adalah Nitin Jaiswal, Head of Asian Pacific (External Relations Bloomberg).