Kuala Lumpur, 24 April 2024 - Kementerian Ekonomi melalui Pusat SDG Negara dan rakan strategik, Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (ISI UTM) telah menganjurkan ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐˜ฟ๐™š๐™ซ๐™š๐™ก๐™ค๐™ฅ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™„๐™ฃ๐™ฃ๐™ค๐™ซ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฃ๐™™ ๐˜ผ๐™™๐™ซ๐™–๐™ฃ๐™˜๐™š๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐˜พ๐™ค๐™ฃ๐™›๐™š๐™ง๐™š๐™ฃ๐™˜๐™š 2024 (๐’๐ฎ๐ฌ๐ƒ๐ˆ๐€โ€™๐Ÿ๐Ÿ’) pada 24 April 2024 di UTM Hotel dan Residensi, Kuala Lumpur.

Persidangan ini membawa tema, โ€œ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐™ƒ๐™ค๐™ง๐™ž๐™ฏ๐™ค๐™ฃ๐™จ: ๐™€๐™ฃ๐™๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™€๐™Ž๐™‚ ๐™๐™š๐™–๐™™๐™ž๐™ฃ๐™š๐™จ๐™จ ๐™ฉ๐™ค ๐˜ฟ๐™ง๐™ž๐™ซ๐™š ๐™Ž๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐˜ฟ๐™š๐™ซ๐™š๐™ก๐™ค๐™ฅ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‚๐™ค๐™–๐™ก๐™จโ€ menekankan pentingnya mengarus perdanakan amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Acara yang telah dirasmikan oleh YBhg Datoโ€™ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi telah menyampaikan ucapan perasmian dimana beliau menyentuh tentang prestasi SDG negara dan seruan untuk semua pihak bekerjasama dalam menggalakkan usaha dan strategi ke arah mencapai pembangunan mampan.

Persidangan ini telah dihadiri oleh lebih 280 peserta terdiri daripada wakil industri, akademik, kerajaan tempatan dan persatuan masyarakat sivil dan telah menjadi platform untuk berkongsi pandangan dan pertukaran amalan terbaik.

Ia juga menjadi usaha awal dalam membentuk perkongsian kerjasama yang akan mempercepatkan perlaksanaan SDG dan ESG selaras dengan RMK ke-12.

Kredit foto: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)