Program Dekad Bahasa Kebangsaan anjuran Kementerian Ekonomi telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi pada 10 Mei 2024, di Menara Prisma, Putrajaya.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang telah dilaksanakan antaranya Pertandingan Teka Silang Kata dan Kuiz Perkasa Bahasa.

Ini bagi memupuk minat warga Kementerian Ekonomi dalam memastikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama selain menguji pengetahuan berkaitan Bahasa Kebangsaan dan mewujudkan budaya berdaya saing secara sihat antara satu sama lain.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.