- 53 views
YB Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada ExxonMobil yang diketuai oleh Encik Dinesh Sivasamboo, Pengerusi dan Presiden ExxonMobil Subsidiaries Malaysia.
Kunjungan hormat ini antara lainnya membincangkan mengenai operasi ExxonMobil serta usaha ke arah solusi rendah karbon yang telah dilaksanakan di Malaysia. ExxonMobil turut berkongsi mengenai usaha untuk melaksanakan inisiatif Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) di Malaysia.
ExxonMobil telah menyatakan ketersediaan untuk bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dalam menjayakan inisiatif CCUS di Malaysia.