YBrs. Puan Es Zemila Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Chheang Vanarith, Secretary of State of Office of the Council of Ministers (OCM), Secretary-General of Cambodia’s Monitoring and Evaluation of Phase 1 Implementation (CMEI-PS1) di Menara Prisma.

Kunjungan hormat ini membincangkan beberapa perkara. Antaranya, Pembangunan Rancangan Malaysia 5 tahun dan mekanisme pemantauannya serta Inisiatif berterusan dalam membangunkan Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) untuk individu dan isi rumah di Malaysia.