14 Mei 2024, Putrajaya - YB Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Mr. Ary Norton De Murat Quintella, Duta Besar Brazil ke Malaysia pada 14 Mei 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Terdapat beberapa perkara telah dibincangkan antaranya mengenai buku "Brazil and ASEAN: Partners for Peace and Development”, kerjasama antara Malaysia dan Brazil dalam industri semikonduktor, KL20 serta inisiatif Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) di Malaysia. Kunjungan hormat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brazil.