Kariah Surau Ibnu Sina, Perda Timur, Seberang Perai Pulau Pinang mendapat manfaat daripada Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).

Projek baik pulih surau yang bermula sejak Disember 2023 telah berjaya disiapkan pada April 2024.

Baik pulih ini merangkumi penggantian bumbung surau serta bilik kuliah, menaik taraf siling, cat keseluruhan bangunan, dan kerja-kerja pendawaian yang berkaitan.

Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Warga Kementerian Ekonomi mendoakan surau ini akan dijaga dan diimarahkan sebaiknya.