- 21 views
Bagi kariah Masjid Nurul Iman, banyak permohonan untuk membaik pulih tembok masjid menerusi pelbagai agensi tidak berjaya diperolehi walaupun telah mencuba selama dua hingga tiga tahun.
Masjid yang terletak di Kampung Seri Repah, Tampin, Negeri Sembilan ini menghadapi masalah tembok yang telah terhakis dan membahayakan para jemaah.
Namun rezeki buat mereka akhirnya menerusi dana Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Kementerian Ekonomi.
Semoga dana khas dan usaha kementerian ini dapat memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan jemaah dan penduduk setempat.