- 354 views
Bengkel Sumbang Saran Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) telah diadakan pada 20 - 22 Jun 2024 bertempat di Hotel Zenith, Kuantan Pahang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi. Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, TKSU Dasar dan YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, TKSU Makro.
Bengkel julung-julung kali yang diadakan ini diurusetiakan oleh Jawatankuasa Induk RMK13 yang diketuai oleh Bahagian Perkhidmatan Sosial (BPS) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPSt).
Pengisian bengkel menumpukan kepada perkongsian dan perbincangan mengenai trend mega, mengenal pasti isu dan cabaran sosioekonomi negara, pembentukan kerangka dasar dan hala tuju RMK13 serta penyusunan tadbir urus jawatankuasa yang ditubuhkan dan gerak kerja penyediaan RMK13.