- 89 views
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Sesi Perbincangan berkenaan masalah beban berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak telah berlangsung dengan jaya antara YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi dan Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 25 Julai 2024 bertempat di Kafe Parlimen Malaysia.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan penciptaan kandungan (𝙘𝙤𝙣𝙩𝙚𝙣𝙩 𝙘𝙧𝙚𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣) yang menarik untuk mempromosikan pemakanan yang sihat, relevan dengan minat anak-anak muda zaman ini. Selain itu, YB Dato Hanifah dan Datuk Suhaimi juga meneliti kaedah-kaedah yang efektif dan menarik untuk meningkatkan kesedaran berkenaan usaha-usaha kerajaan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk jangka masa panjang.