Putrajaya, 29 Julai 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Brad Crabtree, Penolong Setiausaha, Pejabat Tenaga Fosil dan Pengurusan Karbon, Jabatan Tenaga Amerika Syarikat pada 29 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Turut hadir, TYT Edgard D. Kagan, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Kunjungan hormat ini membincangkan isu-isu dan usaha meningkatkan kerjasama antara Amerika Syarikat dan Malaysia, dengan tumpuan diberikan pada pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan pengurusan tenaga fosil. Selain itu, kunjungan hormat ini juga dapat meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat ke tahap yang lebih tinggi.