Putrajaya, 30 Julai 2024 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri sesi “Chit Chat Bersama YB Menteri Ekonomi” melibatkan pegawai Gred 48-52 Kementerian Ekonomi di Menara Prisma, Putrajaya, hari ini. “Chit Chat Bersama YB Menteri Ekonomi” adalah satu platform komunikasi dua hala bagi mendapat maklum balas pegawai kementerian secara langsung, perkongsian pengalaman serta pandangan YB Rafizi Ramli bersama pegawai gred 48-52 di Kementerian Ekonomi.