Kementerian Ekonomi telah mengadakan Program Lawatan Intervensi dan Libat Urus ke Projek-Projek Pembangunan Rolling Plan 4, RMK-12 di Negeri Kedah dan Perlis pada 26 dan 27 Julai 2024.

YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) Kementerian Ekonomi telah melawat beberapa projek yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (PKNK).

Antara projek yang terlibat adalah projek NCER - Kemudahan Infrastruktur Di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping (Chuping Valley Industrial Area (CVIA), NCER - Pembangunan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah Fasa II, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 2024, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan Pembangunan 16 unit Gudang untuk Bumiputera di Bukit Kayu Hitam, Kedah.