28 Jun 2024, Kuala Pilah – Pasukan Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Puan Yuslindal binti Yaakub, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Ekonomi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Kunjungan hormat yang dihadiri oleh YBhg. Puan Sri Dr. Halila Faiza binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Puan Hasni binti Halim, Pengarah, Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik dari Agensi Angkasa Malaysia.

Puan Mariatini binti Othman, Pengarah dari Technology Advisory, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Encik Sharus Shavek bin Sharudin, Senior Executive, Strategic Partnership & Alliance Department dari MTDC, Encik Haziq bin Hassan, Analyst dari Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dan Encik Mohd Noor Ramdan bin Mohd Faudzi, Penolong Setiausaha dari Bahagian Perancangan Strategik, MOSTI.

Sesi tersebut yang disertai oleh YBhg. Datin Arpah binti Jais@Hj Mhd Dahlan, Bendahari Negeri Sembilan, Bahagian Pengurusan Perakaunan dan Puan Siti Adibah binti Muhamad, Pegawai Tadbir Seksyen Khidmat Perunding iSPEKS dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.

Dalam pertemuan tersebut telah dibincangkan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Ekonomi di Kampung Kuala Serdang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sesuai untuk pelaksanaan Kampung Angkat MADANI oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI