10 Julai 2024, Kuala Lumpur – Kementerian Ekonomi telah menganjurkan Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, peneraju industri dan perbankan serta wakil Dewan Perniagaan dan kedutaan kedua-dua negara.

Penganjuran Forum Pelaburan ini antara lain bertujuan untuk menjelaskan aspirasi Kerajaan dalam membangunkan JS-SEZ selain untuk mendapatkan maklum balas daripada pemain industri khususnya mengenai insentif fiskal dan bukan fiskal yang diharapkan di JS-SEZ.