- 29 views
Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi telah mengadakan Bengkel Strategik untuk membincangkan Pelan Komunikasi bagi menyokong pembangunan draf Rang Undang-Undang CCUS pada 5 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.
Mesej Utama bengkel ini adalah untuk menjadi rujukan bagi maklumat berfakta dan berasaskan data yang kemudiannya boleh disebarkan kepada pihak berkepentingan yang relevan serta mendapatkan sokongan daripada semua pihak.
Dalam sesi tersebut, beberapa cadangan tambahan telah diketengahkan untuk pelaksanaan Pelan Komunikasi CCUS.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Dr. Noranida Binti Zainal, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari Jawatankuasa inisiatif CCUS.