PUSPANITA Kementerian Ekonomi telah mengadakan Program Santunan Kasih ke Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia bertempat di Sungai Sekamat Kajang pada 20 Julai 2024 (Sabtu).

Objektif program ini diadakan adalah bagi menyantuni, menyelami perasaan, beramah ramah dan memberikan sedikit keceriaan kepada warga. Antara pengisian program termasuklah penyampaian sumbangan kebajikan, permainan santai dan aktiviti penanaman pokok.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Puspanita Kementerian Ekonomi YBhg. Datin Roziah Alias, turut hadir YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed Timbalan Pengerusi PUSPANITA (I) Kementerian Ekonomi dan ahli-ahli PUSPANITA Kementerian Ekonomi seramai 15 orang.

Pada program ini, sumbangan sebanyak RM5,030.00 telah disampaikan kepada Pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia, Puan Nurul Atikah Hj. Mohd Azmi, hasil sumbangan ahli PUSPANITA Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMadani

#SDGs